BANGKIT – MOTIVASI
Ada kala kita berasa sangat tidak bermaya, ibarat diri jatuh ke tanah dan tidak mampu untuk berdiri. Kita rasa terlalu berat dan terlalu lemah untuk bangkit sendiri. Ada sesuatu yang menganggu emosi kita ketika itu atau kita berada dalam keadaan buntu atau stuck pada tugasan yang sedang kita lakukan. Kita rasa sudah tidak mampu bergerak lagi sehingga berada dalam kedudukan yang statik beberapa lama. Sehari, sebulan, setahun malahan ada yang bertahun-tahun masih; duduk di takuk lama terjelepuk tidak mampu bangkit Kembali. Akhirnya makna motivasi dalam diri sudah langsung hilang daripada kamus hidup kita. Yang ada hanyalah kesedihan, kekosongan, ketakutan, kehilangan, kegagalan, kemarahan yang bersarang di lubuk hati. Daripada seorang yang ceria dan Bahagia menjadi penyendiri memendam perasaan yang menunggu masa menjadi depresi berpanjangan yang akan memusnahkan seluruh kehidupan.
Bagaimana pula jika berlaku ke atas anak-anak kita? Mereka kurang menjadi sangat kurang bermotivasi dalam pelajaran, dalam kehidupan seharian tanpa kita sedar mereka perlu dibantu. Adakah kita mahu itu berlaku pada diri dan anak-anak kita? Pastinya tidak bukan? Apa yang kita dan mereka perlukan adalah suntikan semangat dan motivasi untuk kita bangkit kembali menghargai kehidupan ini. Kita perlukan kata-kata semangat yang menjadikan kita bertenaga, bangkit mengambil Langkah yang lebih bermakna, untuk kita mengenali tentang betapa banyak jalan yang boleh kita lalui dan keluarkan kita daripada kebuntuan yang hanya merugikan.
Oleh itu, ShamZye Aims ada menawarkan program Motivasi diri untuk pelajar-pelajar dan orang dewasa. Program yang ditawarkan adalah:
1. Meta Transformasi Diri(warga kerja) (4 jam – 12 jam)
2. Motivasi Diri Aplikasi NLP (Pelajar Sekolah/IPT) (4 jam – 6 jam)
Kaunselor
I will be back soon