Team building bukan hanya sekadar aktiviti dan games yang dirancang oleh pengendali program. Setiap aktiviti dan permainan yang dijalankan mempunyai falsafah yang menjurus kepada pengukuhan kumpulan. Setiap organisasi perlu melaksanakan program Team Building setiap tahun untuk memastikan ahli-ahli dalam organisasi sentiasa berada dalam semangat kekitaan dan kepunyaan pada organisasi. Melalui program ini, setiap ahli organisasi sedar akan keperluan untuk bekerjasama dan memastikan KPI organisasi tercapai.
Melaluinya juga, sifat mementingkan diri, konflik dalam organisasi, rasa iri hati, cemburu pada kejayaan rakan-rakan sekerja, sikap berpuak pada kumpulan tertentu sahaja dapat dikurangkan malahan rasa kasih sayang pada rakan dan pada kepimpinan organisasi semakin meningkat. Sekiranya program ini dipandang remeh, dibimbangi akan berlaku jurang yang semakin menjarak antara ahli dan ini amat tidak sihat dalam budaya organisasi.
Justeru, ShamZye Aims menyediakan program Team Building ini untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan sosial sesama ahli pasukan melalui suntikan elemen psikologi tingkah laku dan pemikiran manusia.
Kaunselor
I will be back soon