KOYAK – PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL

Kehidupan yang mencabar menyebabkan ramai di antara kita yang mengalami gangguan emosi. Bila suatu keadaan berlaku yang mana ia di luar kemampuan diri mengawalnya menyebabkan hati resah, jiwa kacau, rasa tidak tenang, tidak tenteram, rasa sangat terganggu, segala kerja tidak menjadi, segala apa yang dibuat semuanya rasa tidak seronok.

Jika yang menyakitkan bermula dari rumah, rumah bukan lagi syurga, jika yang menyakitkan bermula dari tempat kerja @ tempat belajar, tempat itu bukan lagi keseronokan untuk keberadaan kita. Kita koyak! Koyak emosi! Koyak mental! Koyak jiwa! Terleraii kebahagiaan! Terlerai keindahan! Terlerai kenikmatan hidup! Yang ada hanyalah jiwa yang menanggung bebanan yang begitu berat. Terasa menghimpit dada, bernafas dalam kesengsaraan!

Jangan biarkan semua ini berlaku berpanjangan. Jangan biarkan diri tenggelam dalam emosi yang kusam! Ya, ada yang turut berduka tapi ada juga yang gembira di atas derita yang ditanggung. Benarkah anda tidak berdaya untuk melawannya? Benarkah anda tidak mampu menentang takdir yang menimpa? Benarkah anda lemah seperti mana yang ada percaya? Benarkah anda sudah gagal menjadi manusia yang Bahagia? Atau sebenarnya anda belum berjumpa dengan pendengar setia, menghulur tangan membawa anda keluar dari gelita ke arah cahaya? Yang bantu anda sedar bahawa dunia ini bukan sekecil tapak tangan semata, dunia ini bukan setakat antara kita dan dia tapi jauh..jauh…jauh lebih luas dari apa yang kita nampak depan mata! Ayuh, temui kami kaunselor/coach emosi anda!

ShamZye Aims ada menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kesihatan Mental seperti berikut:

1.     Life Coaching

2.     Pengurusan Stres

3.     Pengurusan konflik (konflik hubungan, konflik rakan sekerja)

4.     Pengurusan kebimbangan (anzieti)

5.     MY Buddy (Rakan Motivasi Produktiviti Kerja) Program HRD Corp – khas untuk mana-mana company yang ingin membentuk

team psikologi menolong di tempat kerja

SHAMZYE

SHAMZYE

Kaunselor

I will be back soon

SHAMZYE
Hi dan salam sejahtera... Kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda.
WhatsApp Boleh saya bantu?