Tentang Kami
Siapakah kami?
Pendahuluan
Kesejahteraan emosi dan pemikiran insan mempengaruhi prestasi kerja dalam dunia pekerjaannya. Pekerja yang stabil emosi akan mempersembahkan hasil-hasil kerja yang berkualiti yang dapat meningkatkan kepercayaaan pelanggan khususnya dalam dunia perniagaaan yang penuh dengan persaingan. Ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah organisasi perlu sedar bahawa jika diketepikan emosi manusia, ia boleh memberi impak dalam output dan outcome organisasi mereka. Walaupun di mata kasar, pekerja-pekerja yang setia ini kelihatan normal dan bekerja seperti biasa, namun apakah jaminan kita bahawa kesejahteraan mental mereka terjaga. Adakah kita cukup pasti bahawa mereka yang sedang bekerja bermatian untuk organisasi kita ini adalah individu yang sempurna, stabil emosi dan tingkah lakunya sepanjang masa? Kita sering memberikan kursus-kursus teknikal kepada mereka kerana kita hanya nampak keuntungan tanpa kita sedar bahawa mereka perlu mendapatkan kursus-kursus pembangunan diri yang dapat menyediakan mereka untuk berdepan dengan isu-isu psikologi supaya mereka mampu menguruskan emosi mereka sebaiknya jika pemikiran mereka terganggu.
PENGENALAN
AiMS (Azeedanila Mind Seeheart Services) adalah sebuah syarikat bumiputera milikan perkongsian yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan kesejahteraan mental. Perkhidmatan yang diberikan adalah kaunseling, konsultasi keluarga dan remaja, program-program pembangunan diri seperti kemahiran komunikasi, dan peningkatan kendiri. Pelbagai terapi psikologi juga ditawarkan oleh syarikat ini seperti pengurusan kemarahan, pengurusan konflik, pengurusan stres dengan menggunakan kaedah asas terapi seni termasuk lukisan dan muzik. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan menjalankan penyelidikan umum untuk membantu organisasi mengenal pasti tingkah laku pelanggan terhadap produk yang dihasilkan atau penyelidikan yang seumpama dengannya. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 31 Julai 2018 di Putrajaya. Walaupun syarikat baharu ditubuhkan, namun kepakaran yang dimiliki adalah hasil daripada pengalaman-pengalaman pengendali syarikat yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang kaunseling, penyelidikan dan kesihatan yang telah menjalankan pelbagai program-program berkaitan selama lebih daripada 10 tahun pengalaman.

MENSEJAHTERAKAN PEMIKIRAN DAN JIWA INSAN
Sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling dan program-program motivasi serta pemulihan diri, AiMS berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk memastikan pelanggan berasa sejahtera pemikiran dan dan jiwa mereka setelah mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau sentuhan perkhidmatan kaunselor.
i) Melaksanakan program-program pembangunan diri
ii) Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif.
iii) Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi tahap pasaran.
iv) Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti.
PROFIL PROFESIONAL
BERSAMA PAKAR KAMI

Dr. NORISHAM ABD GHANI
DOKTOR FALSAFAH (PSIKOLOGI)
22 TAHUN DALAM BIDANG KAUNSELING
Kaunselor Berdaftar (KB:00413)
Perakuan Amalan (PA:00299)

NORAZIZALINA BT. MAT NAJIB
SARJANA PENDIDIKAN (KAUNSELING)
BACELOR SAINS KEMANUSIAAN (PSIKOLOGI)
10 TAHUN DALAM BIDANG KAUNSELING
KAUNSELOR PROFESIONAL, CERTIFIED TTT BY HRDF
Perkhidmatan yang diberikan oleh kami adalah perkhidmatan yang berlandaskan pada ilmu-ilmu kaunseling dan psikologi sebagaimana kepakaran kami. Justeru, kami menawarkan perkhidmatan yang menjurus kepada pembangunan diri manusia selain mengurus emosi individu supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Apabila seseorang manusia itu sejahtera, dia mampu untuk menjadi insan yang cemerlang dan dapat meningkatkan prestasi dan potensi diri.
Kaunselor
I will be back soon