PESONA – KENALI PERSONALITI
Perkataan personaliti adalah daripada Bahasa Latin iaitu “persona”. Personaliti adalah cara seseorang itu bertindak, berfikir, bertingkah laku dan mempamerkan sikap terhadap persekitaran. Personaliti adalah karakter yang dinamik dipamerkan oleh individu yang mempengaruhi pemikiran, motivasi dan tingkah laku dalam situasi yang pelbagai (Fathimah, Baiduri & Zubair 2015). Personaliti merupakan corak perlakuan yang tabil dan konsisten yang menunjukkan kecenderungan tingkah laku seseorang individu (McShane and Von Glinow (2008).
Personaliti terbina daripada gabungan nilai kepercayaan, agama, adat, budaya, pengalaman, genetik, dan pemikiran. Berdasarkan penerangan ini, pastinya kita jelas bahawa personaliti terbentuk daripada segala pengalaman yang terbina sejak dari kecil hingga dewasa. Pengalaman yang bermakna bermula dari zaman kanak-kanak telah membentuk nilai jati diri yang menjadikan kita sekarang ini. Namun, persoalannya berapa ramaikah antara kita yang betul-betul mengenali diri sendiri? Adakah kita sedar kita merupakan orang sanguine, melancholic, phlegmatic atau choleric?
Adakah kita seorang yang proaktif, reaktif, menuju kepada, mengelak daripada, dalaman, luaran,opsyen, prosedur, opsyen atau prosedur? Semua ini penting untuk kita berasa lebih yakin dengan diri, kenal potensi diri, tahu kekuatan dan kelemahan diri dan yang paling utama dapat gunakan kefahaman terhadap diri untuk membina karektor yang baharu yang bersesuaian dengan bidang kerjaya yang diceburi. Di sini ShamZye Aims menawarkan 3 ujian personaliti yang utama iaitu:
Kaunselor
I will be back soon