RENTAN –

MENGURUS KEMARAHAN

Marah adalah emosi yang tidak selesa yang dialami hasil daripada peristiwa yang menjadi pencetus pada emosi marah. Pada kebiasaannya marah berlaku apabila seseorang itu berasa kecewa terhadap sesuatu perkara. Selain itu, stres juga boleh menjadi pencetus kemarahan dalam diri individu. Tahap emosi marah bermula daripada sedikit marah kepada sangat marah bergantung pada peristiwa yang dialami. Sebenarnya tidak salah untuk berasa marah kerana marah adalah emosi semula jadi yang ada dalam diri manusia. Cuma yang salah adalah cara bertindak balas terhadap perasaan marah yang dialami.

Sekiranya emosi marah tidak diuruskan dengan baik, boleh membawa kepada kemusnahan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain khususnya yang tersayang. Banyak kerosakan yang berlaku akibat emosi marah yang tidak terkawal sehingga ke tahap membunuh. Banyak hati yang terluka dan hubungan kasih sayang yang terlerai akibat tidak mampu menundukkan api kemarahan dalam diri. Kerana emosi marah yang tidak mampu dikawal, cinta menjadi dendam, kasih menjadi hambar, rindu menjadi tawar, bahagia bertukar derita!

Justeru, adalah amat penting untuk mengurus kemarahan sebelum api marah ini marak membakar nilai kemanusiaan dan meranapkan erti tanggungjawab sebagai insan di muka bumi ini. Oleh itu, ShamZye Aims menyediakan kursus mengurus kemarahan untuk mereka yang ingin membantu diri agar tidak terpesong di jalan kebenaran kerana marah yang tidak terkawal.

Selain itu, kami menyediakan juga kursus pensijilan iaitu Certified Anger Management Practitioner yang akan dikendalikan oleh Dr. Norisham Abd Ghani yang merupakan Certified Anger Management Specialist II (USA).

SHAMZYE

SHAMZYE

Kaunselor

I will be back soon

SHAMZYE
Hi dan salam sejahtera... Kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda.
WhatsApp Boleh saya bantu?