Terma dan syarat

Saya bersetuju untuk menerima perkhidmatan kaunseling oleh Kaunselor  yang akan mengambil masa  selama lebih kurang 60 minit bagi setiap sesi di mana Kaunselor  akan membantu saya untuk memahami dan menjelaskan pandangan terhadap kehidupan. Saya juga akan dibantu dalam bentuk pembelajaran untuk mencapai matlamat yang ditentukan oleh saya sendiri melalui alternatif-alternatif yang telah dipersetujui.

 

Saya faham bahawa kaunseling tidak menjamin bahawa ianya akan meningkatkan situasi hidup atau perhubungan secara total (menyeluruh). Kejayaan kaunseling bergantung juga kepada kesediaan saya untuk berkongsi perasaan dan pemikiran serta melaksanakan alternatif-alternatif yang telah dibincangkan. 

Sebagai sebahagian daripada proses kaunseling, saya faham bahawa kadangkala saya mungkin mengalami perasaan yang agak kurang selesa buat

seketika.

 

            Saya faham bahawa Kaunselor saya terikat dengan tanggungjawab etika untuk merahsiakan maklumat-maklumat yang saya sampaikan dalam sesi. Saya juga faham bahawa dalam keadaan tertentu Kaunselor terpaksa memberitahu pihak lain maklumat-maklumat seperti:

 ·     jika saya memberi maklumat yang akan memudaratkan diri saya atau orang lain secara fizikal.

·      penglibatan saya dalam sebarang tindakan mahkamah (sivil atau jenayah) sama ada sekarang atau pada masa hadapan di mana Kaunselor  mungkin akan diberi sapina untuk memberikan keterangan.

 

Saya faham bahawa keberkesanan proses kaunseling banyak bergantung kepada usaha, penglibatan dan kehadiran yang telah dipersetujui. Saya faham segala isi kandungan perjanjian ini. Saya juga setuju dan menerima semua syarat-syarat serta limitasi perkhidmatan kaunseling yang akan saya hadapi.

SHAMZYE

SHAMZYE

Kaunselor

I will be back soon

SHAMZYE
Hi dan salam sejahtera... Kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda.
WhatsApp Boleh saya bantu?